Blog Archive

air mata

Orang kata, air mata itu perhiasan si hawa. Bukan sekadar penenang jiwa, malah sebagai senjata! Orang kata lagi, wanita mudah menangis kerana kelembutan pada jiwa, bukan kerana lemahnya semangat yang ada. Air mata tanda kekuatan. Ia juga tanda ketabahan.

Air mata selalu menjadi ukuran. Sejauh mana sabar mempertahankan badan. Sekuat mana iman menghadapi ujian. Dihukum orang lembik dan perkasa. Semuanya dinilai pada titisan air mata. Sedangkan yang dihukum, adalah yang diberi nikmat untuk merasa, rahmat Tuhan pada setiap titis air mata…

Namun, dijadikan juga air mata pada si adam. Orang

kata, si adam gagah membendung tangisannya. Bukan kerana kuatnya jiwa, yang kuat adalah ego di dalam dada. Sampai ada yang kata, si adam kejam tidak punya rasa. Tiada simpati malah sombong mendada…

Orang suka kata, hati si adam lebih keras dari si hawa. Lelaki kuat mengharung derita. Setakat terguris sekali dua, apalah sangat harganya berbanding setitis air mata. Ada juga orang bertanya, bukankah hati yang keras itu susah untuk menerima? Keras itu sifatnya ganas dan menyakitkan. Keras itu tidak selesa andai diberi pada tilam. Keras itu gagal andai diletak pada kelembutan. Keras itu zalim andai bercampur pada keamanan. Keras juga hodoh pada sebuah perwatakan.

Adakah bermakna si adam itu bersifat dengan sifatnya keras? Ganas, menyakitkan, gagal, zalim, tidak menyelesakan, malah hodoh dipandang?

No comments:

Post a Comment

pengikut cik yaya