awek, maknanya couple la tu
kan?
PEREMPUAN : Ok. Bila nak
kahwin?
LELAKI : Err..boleh tak tunggu
saya habis belajar dulu tahun
depan, pastu tunggu saya dapat
keje stabil dulu. Dalam 3 tahun,
insyaAllah.
PEREMPUAN : Ok, kita putus
sekarang gak.
LELAKI : Eh, kenapa?????
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab
Satu, awak ajak saya
bergelumang dalam dosa utk 3
tahun tanpa akad yang sah. Tiada
jaminan awak takkan jumpa saya,
sentuh saya dan hal2 berkaitan.
Dalam 3 tahun tu kita akan
bercakap hal sia-sia tentang soal
hati yang tiada berkesudahan.
Nanti ada yang terluka. Saya
taknak hati saya terluka. Saya
pun taknak hati awak terluka.
Dua, kalau tak bersedia nak
kahwin kenapa terburu-buru nak
jalin hubungan? Sedangkan
kahwin ni spesifiknya adalah utk
mereka yg betul2 bersedia zahir
batin, agamanya, ekonominya
wlpn tak kaya, dan dari banyak
sudut. Restu ibu bapa juga perlu
difikirkan sama.
Tiga, lelaki yang beragama tahu
bahawasanya ini bukan caranya.
Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah
rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah
sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki
beragama takkan beri harapan
palsu dengan bermain dengan
perasaan, masa dan waktu.
Jangan letak harapan seandainya
hati tak yakin. Jgn beri harapan
pada yang mudah menyerap
harapan. Hati wanita ni macam
gelas kaca, mudah pecah. Bila
dah terluka, susah nak rawat
balik. Jangan ada niat nak kahwin
je, tapi tindakan ke arah itu tidak
ada. Boring. Cari calon ni bukan
nak cuba-cuba macam cuba
pakaian. Tak sesuai yang ni, amik
yg lain lah..
LELAKI : Em..tp sy tetap nak
awak. Dh bertahun2 tunggu awk.
PEREMPUAN : Mohon padaNya
andai hatiku yang kau pohon..
Bila dah bersedia, cuba cari saya
balik. Tapi ni bukan janji atau beri
harapan. Jika sy masih blm
berpunya, datang mintak dengan
ayah mak terus. Bincang dengan
dorang. Salam.
LELAKI : Wslm